Tuesday 21 February 2012

NOTA MINGGU 2

MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

MINGGU 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN

qSistem perpautan ini lebih dikenali sebagai “hyperlink”.
qSistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja.
qStruktur perpautan ini sering digunakan dalampowerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint
qHal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
q Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.

STRUKTUR HIERARKI
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik

 ØKesan kepada murid
qMurid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan

Ø Kepentingan akses struktur perpautan
qSetiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan

STRUKTUR KOMPOSIT
•Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
•Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
•Antara satu laman utama dengan laman utama mempunya perkaitan antara satu dengan yang lain.

STRUKTUR LINEAR

Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
- Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
- Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.


STRUKTUR RANGKAIAN

Menyediakan pautan atau hubungan antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
Struktur rangkaian akan menjadi lebih berkesan sekiranya setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain. 
- Dengan mengklik, sesuatu paparan itu akan diperoleh dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper pautan.

Thursday 16 February 2012

MINGGU 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

OLEH : MUHAMAD SYAZWAN BIN SHUKRI
           : MOHAMMAD REDWAN BIN JABAR

PERMULAAN: CARA MEMBUAT AKAUN BLOGSPOT
§Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh digunakan, tetapi untuk jangka masa panjang, memiliki  akaun google lebih mudah memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

§Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh daftar masuk dahulu atau klik disini. http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

§Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu di sini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

§Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.
1.Buka pautan www.blogger.com
2.Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog‘.
3.Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
4.Kemudian masukkan nama blog dan juga alamat blog.
ONama blog lebih merujuk kepada tanda kepada sesebuah blog.
OAlamat blog adalah url yang digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Alamat blog antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. 

5.Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
6.Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.

MENULIS   ENTRI DALAM   BLOG
1.Pada paparan muka depan, klik pada 'new post‘.
1.Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda. (kebiasaannya bahagian ini mengambil masa untuk menaip entri).
2.Kemudian apabila sudah siap, klik pada butang 'publish‘.
5.Apabila sudah tekan butang ‘publish’, maka sebuah entri untuk blog anda telah siap.

•jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post‘
•jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post‘
•jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)


MUAT  NAIK GAMBAR  KE DALAM  BLOG

1.Daftar masuk seperti biasa, klik pada 'new post‘.
2.Pada paparan, klik pada ikon ‘upload picture’ seperti yang ditunjukkan dibawah.
Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.
atau
3.Klik 'browse'.
4.Pilih gambar yang anda hendak letakkan dari komputer anda.
a.Jika hendak letak lebih daripada satu gambar pada satu masa (maksimum 5 gambar pada satu-satu masa), klik pada 'add more image'.
5.Pilih kedudukan dan saiz yang anda mahu untuk gambar tersebut, kemudian klik 'upload'.
6.Tunggu sehingga gambar siap dimuat naik kemudian klik 'done‘.

Nota:   Jika anda hendak muat naik lebih daripada 5 gambar,   cuma ulang semula langkah 1 hingga 5.


MUAT NAIK VIDEO KE DALAM BLOG

1.Daftar masuk ke dalam akaun blogger anda, kemudian klik pada ‘new post’.
2.Pada paparan yang muncul, klik pada ikon video seperti yang ditunjukkan.
3.Langkah seterusnya, cari video yang hendak dimuat naik, masukkan tajuk dan tandakan pada ruangan seperti yang ditunjukkan. Kemudian klik pada ‘upload video’.
OAnda boleh simpan dahulu hasil kerja anda dan kembali selepas beberapa ketika untuk pastikan sama ada video tersebut sudah boleh dimainkan atau tidak.
Contoh blog yang sedang dalam proses terakhir untuk disiapkan:

Thursday 9 February 2012

MINGGU 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

OLEH : MUHAMAD NAZRI BIN MAHMUD
           : MOHAMMAD FIQRY BIN ZAINAL ABIDIN
           : MOHD FIRDAUS BIN NOORAZMI


PENGENALAN

Ø  Internet mempunyai kesan yang positif dan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran,
Ø  Pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.

KEMAHIRAN DALAM BAHASA MELAYU
Ø  Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
1. Kemahiran berbahasa
2. Kemahiran Bernilai Tambah
3. Kemahiran TMK
4. Kemahiran Berfikir
5. Kemahiran masa Depan
6. Kemahiran Kontekstual
7. Kemahiran Belajar Cara Belajar

FAKTOR PEMILIHAN DI INTERNET
         i.            Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
       ii.            Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
      iii.            Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan


ASPEK-ASPEK PENILAIAN PEMILIHAN BAHASA MELAYU
Ø  KEWIBAWAAN
-          Dinilai melalui kewibawaan penulis atau pengendali lawan web berkenaan.
Ø  KETEPATAN
-          Merujuk kepada fakta, tarikh dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber sama ada ditulis dengan betul atau tidak.
Ø  KEWAJARAN
-          Merujuk kepada pendapat yang seimbang tentang maklumat.
Ø  SOKONGAN
-          Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber itu.

KEPENTINGAN SELEPAS MEMILIH INTERNET
Guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkan sumber rujukan bahan.

ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.

iii. Semak
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.

BAHAN INTERNET UNTUK P&P BAHASA MELAYU INI SERING DIPILIH BAGI PEMILIHAN SEPERTI BERIKUT:
Ø  Bahan sastera
Ø  Bahan tatabahasa
Ø  Bahan bidang ilmu lain

BAHAN SASTERA
Ø  Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Ø  Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka.
Ø  Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

Orang tua patut disegani       
    Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini   
    Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
    Ambil buluh lalu diikat   
Ilmu dicari tak akan rugi   
        Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah                   
   Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah              
   Rezeki segenggam jadi sekarung


Patah gading serpih tanduk
    Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
    Buat apakah ia dimakan


Anak rusa masuk ke taman          
     Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
     Kalau tua jadikan guru
 


JENIS-JENIS SASTERA
Ø  PANTUN


Berakit ke hulu dengan bergalah  
    Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah  
   Kelak biadap dituduhnya pula
 
Rusa betina berbelang kaki   
     Mati terkena jerat sembat           
Orang yang muda kita sanjungi  
     Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
     Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan              
    Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
     Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
    Baik hati berbudi bahasa




















Ø  SAJAK
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979



Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Ø  SELOKA
Aduhai malang Pak Kaduk 
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh 
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

Ø  GURINDAM
April 7, 2009
Melayu bangsaku penegak budaya
berseri hidup diterangi cahaya.
Melayu bangsaku penjunjung warisan
kukuh walau hujan atau kepanasan.
Melayu bangsaku pendaulat agama
kebahagiaan kekal tujuan bersama.
Melayu bangsaku penyubur sikap
kerja beretika bertambah cekap.
Melayu bangsaku penerus agenda
gapai wawasan usaha diganda.
Melayu bangsaku pemelihara bahasa
suara dipadu mantap perkasa.
Melayu bangsaku pembina jati diri
generasi mendatang ampuh berdiri.
Melayu bangsaku pelindung watan
melawan petualang tak gentar ugutan.
Melayu bangsaku pencinta damai
berkat perpaduan muafakat disemai.
Melayu bangsaku pembela bangsa
tidak rela ketuanan binasa.
NAZIM MOHD SUBARI
Mersing, Johor


Ø  CERITA PENDEK
Bawang Putih Bawang Merah
Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Bawang Merah yang selalu didera oleh ibu tiri dan adik tiri yang bernama Bawang Putih. Suatu hari dia terdengar panggilan seekor ikan kaloi di dalam perigi yang ingin membantunya.Tetapi ibu dan adik tirinya mendapat tahu akan hal tersebut lalu menangkap ikan kaloi itu dan dimasak. Pada suatu malam, Bawang Merah bermimpi ibunya yang memberitahu dia akan perkara itu dan menyuruh dia menanam semua tulang ikan itu. Sungguh menghairankan, sepohon pokok tiba-tiba tumbuh dengan sebuah buaian yang diperbuat dari emas. Di sinilah Bawang Merah akan bermain buaiannya sambil menyanyi gembira sehinggalah suaranya didengari seorang putera mahkota yang akhirnya berkahwin dengan Bawang Merah dan terus hidup bahagia hingga ke anak cucu.

Ø  SYAIR
November 19, 2008
Serta terpandang api itu menjulang,
Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.
Seberang-menyeberang rumah habis rata,
Apinya cemerlang, tiada membuka mata,
Bunyinya gempar terlalulah gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.
Pakaianku menyalah seperti kertas,
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalulah lekas.
Ringgit pun hancurlah seperti timah,
Habislah meleh ke bawah rumah,
Tidaklah tentu barang dijamah,
Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.
Barang yang hendak kubawa pulang,
Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
Sekaliannya habislah hilang,
Harapnya hatiku bukan kepalang


UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT DALAM KESUSTERAAN IALAH SEPERTI:



BAHAN TATABAHASA

Ø  Bahan tatabahasa sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran.
Ø  Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini.
Ø  Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

JENIS-JENIS BAHAN TATABAHASA

                                i.            Kata Nama
1. Kata Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Kata Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
3. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

                              ii.            Kata Kerja

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )


1.       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
        mendengar ialah kata kerja transitif
        radio ialah objek (kata nama)

2.       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

3.       Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada   yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya:

(a) Ravi belum datang lagi.
(b) Murid-murid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.


                            iii.            Kata Sendi Nama

Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadap
untuk menunjukkan emosi dan sikap
1. Adik sayang akan kucing.
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untuk
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dari
untuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripada
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
di
untuk tempat
Di dalam dompet itu ada wang.
dengan
untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatusebagai alat
1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
ke
untuk tempat dan benda konkrit
1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepada
untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri
Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
oleh
untuk menunjukkan perlakuan pasif yangberawalan di- dan ter-
1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
pada
untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu
1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejak
untuk menyatakan makna suatu jangka masa
Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentang
untuk menyatakan makna mengenai sesuatu
Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

                            vi.Peribahasa

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

                               v.            Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada angin
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka
rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat
mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat
anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa
anak yang disayangi oleh bapa
anak buah
orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki
meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin
negara-negara di sebelah barat
atas pagar
tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar
bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut
orang yang banyak bercakap
batu api
orang yang suka menghasut
batu loncatan
sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang
tali persaudaraan yang jauh
bawah angin
negara-negara di sebelah timur
bekas tangan
hasil kerja tangan seseorang
beralih akal
berubah fikiran atau pendapat
beralih angin
pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati
enggan; malas
berat mulut
pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang
orang yang malas bekerja
berat sebelah
tidak berlaku adil
berbelah bagi
sukar untuk membuat keputusan
berhati batu
degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi
patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua
tidak jujur
bertikam lidah
bertengkar; berdebat
besar hati
bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala
degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati
orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut
sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan
hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!
bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku
mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati
tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata
anak
cakar ayam
tulisan yang buruk
campur tangan
turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan
berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangan
suka mencuri
dalam tangan
sudah pasti akan diperoleh
darah daging
anak kandung
durian runtuh
keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta
mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata
hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri
maruah atau kehormatan seseorang
harga mati
harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu
degil atau keras hati
hidung tinggi
sombong atau tinggi diri
hilang akal
tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut
menahan lapar kerana berjimat
iri hati
menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati
perasaan dalam hati
jalan buntu
tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu
orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam
tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku
tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol
suka minum minuman keras
kecil hati
berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin
perangai yang tidak menentu
kepala batu
degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang
orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin
berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan
bernasib baik
langkah seribu
cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang
kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudung
cepat membuat kerja
lintah darat
mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin
bersiar-siar untuk berehat
makan suap
menerima rasuah
malu-malu kucing
berpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluh
bekerja kuat
mati katak
mati dengan sia-sia
membabi buta
melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri
tahu menjaga diri
membuka jalan
memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang
menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak
terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri
tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan
berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata
gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati
lucu; menggelikan hati
mengabui mata
cuba memperdaya; menipu
mengadu domba
memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin
bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat
memberi sepenuh perhatian
mengambil hati
dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat
latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok
tidak berasa malu
mulut murai
kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan
tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati
suka bederma; tidak kedekut
naik angin
terlalu marah
nyawa-nyawa ikan
hampir-hampir mati
orang atasan
orang yang berpangkat tinggi
otak cair
pintar atau bijak
otak kering
kurang siuman
otak udang
bebal atau bodoh
paku belanda
barangan yang tetap harganya
panas hati
meradang atau marah
panjang tangan
suka mencuri
pasang telinga
mendengar dengan teliti
pekak badak
kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut
makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut
pertengkaran
pilih kasih
memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur
perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin
tidak tahan terkena panas matahari
putih hati
ikhlas; jujur
putih mata
mengalami kekecewaan
rabun ayam
penglihatan yang kurang jelas
rambang mata
sukar membuat pilihan
ringan tangan
suka membuat kerja: menolong orang
sampai hati
tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang
membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka
menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering
orang yang kedekut
tawar hati
tidak mempunyai minat lagi
tebal muka
tidak tahu malu
telinga kuali
tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah
tajam pendengaran
telinga nipis
cepat marah atau meradang
terang hati
mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam
tidur yang tidak nyenyak
tin kosong
bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh
hasil usaha yang bersungguh-sungguh

BAHAN BIDANG ILMU LAIN
Ø  Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain.
Ø  Pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.