Tuesday 31 January 2012

PENGENALAN

Faharol Razi (1998) menyatakan  istilah Komputer Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa
Inggeris iaitu  Computer-Based Instruction (CBI)  yang bermaksud
pengajaran terancang berasaskan  komputer. Criswell (1989) pula
mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan
pengajaran dan melibatkan pelajar  secara aktif serta membolehkan
maklum balas.
Menurut Gagne dan Briggs dalam  Rosenberg (2000), komputer dapat
digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain
sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti
berikut:
Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di
antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat
menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.
Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila
perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki
ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan
kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).
Maklum Balas Dan Peneguhan:  Media komputer membolehkan pelajar
memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta.
Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan
dapat memotivasikan pelajar.

Monday 30 January 2012

NOTA MINGGU 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

v  Menggunakan web, video, audio dan imej
v  Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu
v  Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.


Pengenalan
Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya. 

Cara mendapatkan maklumat
I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Enjin Pencari
I. Google
II. MSN
III. Yahoo


Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home) 
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog


Alamat Internet
Bagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:

I. www.google.com 
II. www.yahoo.com.my 


Pemilihan kata kunci
Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.

Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.


BAHAN 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Bahasa dalam Komunikasi Siber: Kelebihan dan Kekurangan


Terdapat kajian yang memperlihatkan bahawa banyak yang tidak mengendahkan kesantunan bahasa semasa menulis berbanding dengan semasa bercakap. Situasi ini terjadi kerana untuk berlaku sopan semasa menulis, kita perlulah menyusun kata-kata sopan dan menggunakan strategi-strategi linguistik tertentu. Hal ini dikatakan lebih mudah dilakukan dalam bahasa lisan.

Bahasa yang digunakan dalam komunikasi siber tidak terhad kepada satu bahasa sahaja, misalnya bahasa Inggeris seperti yang digambarkan oleh banyak pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi siber, adalah tinggi, namun bahasa-bahasa lain, sama ada bahasa besar (misalnya bahasa antarabangsa atau dunia seperti bahasa Sepanyol) ataupun kecil (misalnya dialek, seperti dialek Melayu Kelantan) ikut digunakan dengan pesatnya. Sehubungan ini, tidak salah jika dikatakan bahawa multilingualisme (keanekabahasaan) adalah dasar penggunaan bahasa yang terdapat dalam komunikasi siber.

Selain multilingualisme ini, penggunaan bahasa dalam media siber ini ikut mengundang wacana atau perbincangan awam tentang impak negatif, yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Antara topik penting dalam wacana ini ialah kehilangan penggunaan huruf besar, penyalahgunaan (atau kreativiti dalam penggunaan) tanda baca, ejaan yang salah (atau bergaya seperti ‘kum untuk asalamualaikum dalam bahasa Melayu) dan segala macam yang lainnya.

Dengan peningkatan pelbagai teknologi baharu atau moden dalam komunikasi, pelbagai amalan interaksi dan bentuk bahasa akan ikut muncul. Walau bagaimanapun, di sebalik perkembangan pesat ini, baik dari segi kepelbagaian media baharu mahupun kerencaman bahasa media baharu, komunikasi tradisional, yakni perbualan bersemuka, tetap relevan dan penting untuk selama-lamanya kerana kita masih memerlukan perbualan bersemuka untuk mendidik anak-anak menguasai bahasa.

PENULIS : Prof. Teo Kok Seong, Agenda Bahasa (6-10, DB Mac 2010)
URL: http://www.facebook.com/note.php?note_id=307438687693&1&index=0


BAHAN 2 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Isu 1 : Perkembangan bahasa terus terpinggir atau mendapat manfaat melalui perkembangan TMK?

Pada pandangan saya, isu ini mencetuskan agenda baharu dalam pendidikan bahasa Mekayu kini. Seperti mana yang diutarakan oleh Datuk Seri Rais Yatim, kembalikan martabat bahasa melayu, terutamanya dalam dunia TMK kini. Tidak semestinya kini perkembangan bahasa Melayu terus terpinggir begitu sahaja. Perkembangan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran TMK di institut pengajian tinggi, terutamanya Universiti Terbuka Malaysia. Pelajar-pelajar yang terdiri daripada kebanyakannya para guru (PJJ) menggunakan bahasa Melayu dalam TMK. Dalam tugasan yang diberikan oleh pensyarah umpamanya, kedapatan terselit unsur rancangan pengajaran harian bahasa Melayu yang berasaskan TMK (perisian interaktif). Ini akan menambahkan lagi pengetahuan guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, terdapat perkembangan yang menggalakkan daripada BTPN Perlis (Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri) yang menjana atau menyediakan perisian-perisian interaktif dalam bahasa Melayu untuk guru-guru sebagai persediaan mengajar di bilik darajah. Terdapat juga kedapatan perisian dalam bentuk permainan bahasa dan bahan pengukuhan dalam pembelajaran.

Meskipun PPSMI mengatasi perkembangan bahasa di sekolah, namun tidak dapat dinafikan kedapatan guru-guru bahasa Melayu, terutama di sekolah saya (Sekolah Kebangsaan Seri Perlis) lebih bijak menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan guru-guru PPSMI. Keputusan peperiksaan bahasa Melayu lebih tinggi berbanding dengan mata pelajaran yang lain. Ini disebabkan oleh kebijakan guru bahasa Melayu dalam menggunakan TMK atau ICT dalam pengajaran.

TMK boleh juga digunakan dalam pembelajaran di makmal komputer di sekolah-sekolah. Saya sendiri yang terlibat dengan penggunaan TMK dengan murid-murid di sekolah di samping penggunaan teknologi yang berasaskan internet. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui ruang siber samada rakan sekolah yang sama atau rakan sekolah yang lain. Pertukaran pelajaran berlaku di sini bagi menambahkan ilmu dan idea dalam sesuatu pembelajaran yang berfokuskan UPSR.

PENULIS : Khir Johari Mat Ariff
URL : http://www.facebook.com/topic.php?uid=285376385722&topic=13713
TARIKH : 05.01.2011 ( 9.51PM )

Sunday 29 January 2012

TAJUK 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN & ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

OLEH : ABU SAMAH BIN JAAFAR
           : MOHAMMAD JABALNUR BIN PARI
           : NURHIDAYU BINTI RAFIEE


Etika Penggunaan Internet
      Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul.
      Antara isu yang membabitkan etika penggunaan internet adalah:
Ø   Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian.                         
Tujuan etika penggunaan internet
      Etika ini bertujuan bagi memastikan penggunaan Internet dan e-mel yang teratur dan terkawal.
Prinsip penggunaan internet
1.      KESEIMBANGAN
      Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2.      KEIZINAN TERMAKLUM
      Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi.
      Bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3.      KEADILAN
      Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil.
      Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko.
      Mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
      Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

4.      MEMINIMUMKAN RISIKO
      Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.


Rukun Etika
  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Kerangka Kod Etika
1.      KEBERSENDIRIAN
      Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.
      Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kaki tangan.
      Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain.
      Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data.  Sejauh manakah selamatnya maklumat tersebut?
2.      KETEPATAN
      Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul.
      Bagaimana memastikan meklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna?
      Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh dipampas?
3.      HAK MILIK
      Siapa memiliki maklumat
      Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.
      Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.
      Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik.
      Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.
      Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.
      Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.

4.      CAPAIAN
      Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
      Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
      Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.
      Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.
      Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk broser dan PowerPoint



AMALI : SILA BUKA KOMPUTER RIBA SEKARANG



Langkah-langkah menggunakan broser 
  1. Tekan menu “start”  pada  destop.

2. Pilih “All Programs dan kemudian pilih kekunci “Microsoft Office”. Pilih “Microsoft Office Publisher



3. Setelah paparan Microsoft Publisher keluar, pilih jenis templat yang  sesuai.



    4. Pilih template yang sesuai


    5. Edit templat dengan kesesuaian bahan dan masukkan isi ke dalam bahagian yang disediakan.


    Lampiran

    MINGGU 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAN P&P BAHASA MELAYU

    OLEH : ZULFADHLI BIN AHMAD
               : NURUL NAZIERA BINTI MOHD NOH
               : TUAN NOORHANIS BINTI TUAN HASDI


    MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

          Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
          Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan power point.

    MENGUMPULKAN DAN MENGKATEGORIKAN BAHAN AUDIO, VIDEO, GRAFIK, DAN TEKS

          Proses pengumpulan bahan boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai enjin pencari.
          Selain laman sesawang seperti Google dan Yahoo, sama ada sedar atau tidak kita sering kali menggunakan enjin pencari maklumat yang telah pun sedia ada dalam komputer.
          Enjin pencari itu dikenali sebagai ‘Intranet’.


    PENGENALAN

    Apa itu ‘Enjin Pencari’
          Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
          ‘Enjin Pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
          Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang kita dapatkan.
          Tujuan dan Jenis Enjin Pencari
          Tujuan (konteks pendidikan)
          Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
          Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
          Jenis ‘enjin pencari’

    BENTUK ENJIN PENCARI BAHAN


    HALAMAN ‘MICROSOFT OFFICE WORD’
    KOMPUTER ATAU LAPTOP (INTRANET)


    DI MANAKAH ENJIN PENCARI BOLEH DIDAPATI?

          Sedar atau tidak kita seringkali menggunakan enjin pencari untuk dapatkan maklumat.
          Tempat yang selalu kita dapat lihat:
    a) Internet

    HALAMAN YANG TELAH TERSEDIA DALAM INTERNET

    MENGUMPUL BAHAN DARIPADA INTERNET KE DALAM ‘FOLDER’ BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA.
          Proses mengumpul bahan yang diperolehi daripada internet akan disimpan di dalam folder bahagian-bahagian tertentu mengikut kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu

    KEPENTINGAN
             Susunan bahan mengikut kemahiran bahasa yang teratur
             Memudahkan proses mencari bahan
             Pencarian bahan yang lebih sistematik
             Menjimatkan masa untuk mencari bahan yang ingin digunakan

    LANGKAH PENGUMPULAN BAHAN
    1. Mengumpul Bahan Audio :
          Contoh : Menggunakan Enjin Pencari 'Mediafire' untuk memuat turun bunyi ayam.
          sila 'klik' pada pautan dibawah untuk memuat turun bunyi ayam.
    2. Mengumpul Bahan Video :
          Contoh : Menggunakan enjin Pencari 'youtube' untuk memuat turun video.
          sila 'klik' pada pautan dibawah untuk melihat video dan memuat turun video.
    3. Mengumpul Bahan Grafik
          Bahan grafik kebiasaannya boleh dimuat turun melalui enjin pencarian 'google' dan fokuskan kepada grafik/gambar/'pictures'.
          Kemudian gambar-gambar ini boleh dikumpulkan ke dalam "Power Point" untuk dipersembahkan semasa tempoh P&P.
          Contoh : Mengumpul gambar berkaitan 'petani'.
          Sila 'klik' pada pautan dibawah untuk melihat contoh 'power point' dan memuat turunnya.
    4. Mengumpul Bahan Teks
          Contoh : Mengumpul bahan teks daripada enjin pencarian 'Scribd' berkenaan teks 'petani'.
          sila 'klik' pada pautan dibawah untuk melihat teks dan memuat turun.

    MINGGU 1 : PENGGUNAAN ENJIN BAHAN PENCARI BAHASA MELAYU

    OLEH : NADZIRAH BINTI MOHD JASZARI
               : NURUL SHANIZA BINTI KHAIRUDIN
               : SYAHFIERA BINTI SYAHLAN


    1.1  Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej

    1.1.1 Menggunakan laman web.
           Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti :




           Pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
           Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
           Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
           Contoh alamat pembekal maklumat internet:
              -  www.yahoo.com
              -  www.yahoo.co.uk
              -  www.yahoo.com.my
              -  www.google.com


           Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.
           Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
           Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com


      Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.
           Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
           Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan
           Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah di saring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
           Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
           Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.
           Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1.


    1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
           Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari


           Setelah menaipkan perkara yang hendak diperoleh, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
           Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”.
           Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
           Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
           Setelah anda menemui apa-apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
           Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.



    1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

    1.3.1 Alamat Internet
           Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu
           Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
           Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy
           Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
           Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
           Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.
           Sebagai contoh yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.


    Alamat Internet.
    Memperkasa Pantun Melayu
    Menambah Nilai Buku
    Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita

    1.3.2 Katalog Alamat Internet.

           Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
           Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
           Sediakan kotak seperti ini:

              TAJUK
              URL
              SINOPSIS







    TAJUK
    Peribahasa Melayu
    URL
    http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&sim
    pulan_abjad=a
    SINOPSIS
    Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai
    peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
    Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

    TAJUK
    Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
    URL
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm
    SINOPSIS
    Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
    atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah,
    ekor, orang, dan sebagainya.