MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Tuesday, 21 February 2012
MINGGU 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
qSistem perpautan ini lebih dikenali sebagai “hyperlink”.
qSistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja.
qStruktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint
qHal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
q Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
STRUKTUR HIERARKI
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.
ØKesan kepada murid
qMurid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan
Ø Kepentingan akses struktur perpautan
qSetiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan
STRUKTUR KOMPOSIT
•Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
•Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
•Antara satu laman utama dengan laman utama mempunya perkaitan antara satu dengan yang lain.
STRUKTUR LINEAR
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
- Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
- Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
STRUKTUR RANGKAIAN
Menyediakan pautan atau hubungan antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
- Struktur rangkaian akan menjadi lebih berkesan sekiranya setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain.
- Dengan mengklik, sesuatu paparan itu akan diperoleh dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper pautan.
Thursday, 16 February 2012
MINGGU 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH : MUHAMAD SYAZWAN BIN SHUKRI
: MOHAMMAD REDWAN BIN JABAR
PERMULAAN: CARA MEMBUAT AKAUN BLOGSPOT
: MOHAMMAD REDWAN BIN JABAR
PERMULAAN: CARA MEMBUAT AKAUN BLOGSPOT
§Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh digunakan, tetapi untuk jangka masa panjang, memiliki akaun google lebih mudah memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
§Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh daftar masuk dahulu atau klik disini. http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.
§Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu di sini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.
§Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.
1.Buka pautan www.blogger.com
2.Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog‘.
3.Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
4.Kemudian masukkan nama blog dan juga alamat blog.
ONama blog lebih merujuk kepada tanda kepada sesebuah blog.
OAlamat blog adalah url yang digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Alamat blog antara perkara paling penting bagi sesebuah blog.
5.Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
6.Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.
MENULIS ENTRI DALAM BLOG
1.Pada paparan muka depan, klik pada 'new post‘.
1.Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda. (kebiasaannya bahagian ini mengambil masa untuk menaip entri).
2.Kemudian apabila sudah siap, klik pada butang 'publish‘.
5.Apabila sudah tekan butang ‘publish’, maka sebuah entri untuk blog anda telah siap.
•jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post‘
•jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post‘
•jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)
MUAT NAIK GAMBAR KE DALAM BLOG
1.Daftar masuk seperti biasa, klik pada 'new post‘.
2.Pada paparan, klik pada ikon ‘upload picture’ seperti yang ditunjukkan dibawah.
Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.
atau
3.Klik 'browse'.
4.Pilih gambar yang anda hendak letakkan dari komputer anda.
a.Jika hendak letak lebih daripada satu gambar pada satu masa (maksimum 5 gambar pada satu-satu masa), klik pada 'add more image'.
5.Pilih kedudukan dan saiz yang anda mahu untuk gambar tersebut, kemudian klik 'upload'.
6.Tunggu sehingga gambar siap dimuat naik kemudian klik 'done‘.
Nota: Jika anda hendak muat naik lebih daripada 5 gambar, cuma ulang semula langkah 1 hingga 5.
MUAT NAIK VIDEO KE DALAM BLOG
1.Daftar masuk ke dalam akaun blogger anda, kemudian klik pada ‘new post’.
2.Pada paparan yang muncul, klik pada ikon video seperti yang ditunjukkan.
3.Langkah seterusnya, cari video yang hendak dimuat naik, masukkan tajuk dan tandakan pada ruangan seperti yang ditunjukkan. Kemudian klik pada ‘upload video’.
OAnda boleh simpan dahulu hasil kerja anda dan kembali selepas beberapa ketika untuk pastikan sama ada video tersebut sudah boleh dimainkan atau tidak.
Contoh blog yang sedang dalam proses terakhir untuk disiapkan:
Thursday, 9 February 2012
MINGGU 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
OLEH : MUHAMAD NAZRI BIN MAHMUD
: MOHAMMAD FIQRY BIN ZAINAL ABIDIN
: MOHD FIRDAUS BIN NOORAZMI
PENGENALAN
i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkan sumber rujukan bahan.
ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
: MOHAMMAD FIQRY BIN ZAINAL ABIDIN
: MOHD FIRDAUS BIN NOORAZMI
PENGENALAN
Ø Internet mempunyai kesan yang positif dan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran,
Ø Pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.
KEMAHIRAN DALAM BAHASA MELAYU
Ø Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
1. Kemahiran berbahasa
2. Kemahiran Bernilai Tambah
3. Kemahiran TMK
4. Kemahiran Berfikir
5. Kemahiran masa Depan
6. Kemahiran Kontekstual
7. Kemahiran Belajar Cara Belajar
FAKTOR PEMILIHAN DI INTERNET
i. Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
ii. Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
iii. Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan
ASPEK-ASPEK PENILAIAN PEMILIHAN BAHASA MELAYU
Ø KEWIBAWAAN
- Dinilai melalui kewibawaan penulis atau pengendali lawan web berkenaan.
Ø KETEPATAN
- Merujuk kepada fakta, tarikh dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber sama ada ditulis dengan betul atau tidak.
Ø KEWAJARAN
- Merujuk kepada pendapat yang seimbang tentang maklumat.
Ø SOKONGAN
- Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber itu.
KEPENTINGAN SELEPAS MEMILIH INTERNET
Guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkan sumber rujukan bahan.
ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.
BAHAN INTERNET UNTUK P&P BAHASA MELAYU INI SERING DIPILIH BAGI PEMILIHAN SEPERTI BERIKUT:
Ø Bahan sastera
Ø Bahan tatabahasa
Ø Bahan bidang ilmu lain
BAHAN SASTERA
Ø Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Ø Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka.
Ø Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.
|
JENIS-JENIS SASTERA
Ø PANTUN
|
Ø SAJAK
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
Pelita Sebuah
Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.
Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.
Ami Masra
UPM Serdang
1988
Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.
Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.
Ami Masra
UPM Serdang
1988
Ø SELOKA
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Ø GURINDAM
April 7, 2009
Melayu bangsaku penegak budaya
berseri hidup diterangi cahaya.
berseri hidup diterangi cahaya.
Melayu bangsaku penjunjung warisan
kukuh walau hujan atau kepanasan.
kukuh walau hujan atau kepanasan.
Melayu bangsaku pendaulat agama
kebahagiaan kekal tujuan bersama.
kebahagiaan kekal tujuan bersama.
Melayu bangsaku penyubur sikap
kerja beretika bertambah cekap.
kerja beretika bertambah cekap.
Melayu bangsaku penerus agenda
gapai wawasan usaha diganda.
gapai wawasan usaha diganda.
Melayu bangsaku pemelihara bahasa
suara dipadu mantap perkasa.
suara dipadu mantap perkasa.
Melayu bangsaku pembina jati diri
generasi mendatang ampuh berdiri.
generasi mendatang ampuh berdiri.
Melayu bangsaku pelindung watan
melawan petualang tak gentar ugutan.
melawan petualang tak gentar ugutan.
Melayu bangsaku pencinta damai
berkat perpaduan muafakat disemai.
berkat perpaduan muafakat disemai.
Melayu bangsaku pembela bangsa
tidak rela ketuanan binasa.
tidak rela ketuanan binasa.
NAZIM MOHD SUBARI
Mersing, Johor
Mersing, Johor
Ø CERITA PENDEK
Bawang Putih Bawang Merah
Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Bawang Merah yang selalu didera oleh ibu tiri dan adik tiri yang bernama Bawang Putih. Suatu hari dia terdengar panggilan seekor ikan kaloi di dalam perigi yang ingin membantunya.Tetapi ibu dan adik tirinya mendapat tahu akan hal tersebut lalu menangkap ikan kaloi itu dan dimasak. Pada suatu malam, Bawang Merah bermimpi ibunya yang memberitahu dia akan perkara itu dan menyuruh dia menanam semua tulang ikan itu. Sungguh menghairankan, sepohon pokok tiba-tiba tumbuh dengan sebuah buaian yang diperbuat dari emas. Di sinilah Bawang Merah akan bermain buaiannya sambil menyanyi gembira sehinggalah suaranya didengari seorang putera mahkota yang akhirnya berkahwin dengan Bawang Merah dan terus hidup bahagia hingga ke anak cucu.
Ø SYAIR
November 19, 2008
Serta terpandang api itu menjulang,
Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.
Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.
Seberang-menyeberang rumah habis rata,
Apinya cemerlang, tiada membuka mata,
Bunyinya gempar terlalulah gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.
Apinya cemerlang, tiada membuka mata,
Bunyinya gempar terlalulah gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.
Pakaianku menyalah seperti kertas,
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalulah lekas.
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalulah lekas.
Ringgit pun hancurlah seperti timah,
Habislah meleh ke bawah rumah,
Tidaklah tentu barang dijamah,
Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.
Habislah meleh ke bawah rumah,
Tidaklah tentu barang dijamah,
Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.
Barang yang hendak kubawa pulang,
Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
Sekaliannya habislah hilang,
Harapnya hatiku bukan kepalang
Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
Sekaliannya habislah hilang,
Harapnya hatiku bukan kepalang
UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT DALAM KESUSTERAAN IALAH SEPERTI:
BAHAN TATABAHASA
Ø Bahan tatabahasa sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran.
Ø Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini.
Ø Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.
JENIS-JENIS BAHAN TATABAHASA
1. Kata Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Kata Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
3. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang | ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll |
binatang | ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll |
tumbuh- tumbuhan | pokok, betik, rumput, lalang dll |
benda | pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll |
tempat | pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll |
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
2. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
3. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya:
(a) Ravi belum datang lagi.
(b) Murid-murid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.
Kata Sendi | Penggunaannya | Ayat Contoh |
akan/ kepada/ terhadap | untuk menunjukkan emosi dan sikap | 1. Adik sayang akan kucing. 2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah. 3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran. |
bagi/untuk | untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain |
|
dari | untuk menunjukkan tempat dan masa |
|
daripada | untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan | 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor. 2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu. 3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah. |
di | untuk tempat | Di dalam dompet itu ada wang. |
dengan | untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatusebagai alat | 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya. 2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah. 3. Adik menulis dengan pensel. 4. Markah saya sama dengan markahnya. |
hingga/ sampai | untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu | 1. Dia bekerja hingga malam. 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh. |
ke | untuk tempat dan benda konkrit | 1. Kereta api menuju ke Padang Besar. 2. Cawan itu terhempas ke batu. |
kepada | untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri | Kes itu diserahkan kepada pihak polis. |
oleh | untuk menunjukkan perlakuan pasif yangberawalan di- dan ter- | 1. Buku itu dibaca oleh Salmi. 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya. |
pada | untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu | 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang. 2. Novel itu ada pada Rahim. 3. Perkara itu benar pada pandangan saya. 4. Serikaya itu disapukan pada roti. |
sejak | untuk menyatakan makna suatu jangka masa | Dia tidak makan sejak semalam. |
seperti/ umpama/bak | untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain | 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar. 2. Badannya besar umpama ahli gusti. 3. Hidungnya mancung bak seludang. |
tentang | untuk menyatakan makna mengenai sesuatu | Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah. |
vi.Peribahasa
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
Simpulan Bahasa | Maksudnya |
ada angin | berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
ada hati | mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
air muka | rupa atau wajah seseorang |
ajak-ajak ayam | tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
ada bakat | mempunyai tokoh atau perwatakan |
alas perut | makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
anak angkat | anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
anak bapa | anak yang disayangi oleh bapa |
anak buah | orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara |
anak emas | anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya |
angkat kaki | meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
atas angin | negara-negara di sebelah barat |
atas pagar | tidak menyebelahi mana-mana pihak |
ayam tambatan | orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
bahasa pasar | bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
banyak mulut | orang yang banyak bercakap |
batu api | orang yang suka menghasut |
batu loncatan | sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
bau-bau bacang | tali persaudaraan yang jauh |
bawah angin | negara-negara di sebelah timur |
bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang |
beralih akal | berubah fikiran atau pendapat |
beralih angin | pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
berat hati | enggan; malas |
berat mulut | pendiam atau tidak suka bercakap banyak |
berat tulang | orang yang malas bekerja |
berat sebelah | tidak berlaku adil |
berbelah bagi | sukar untuk membuat keputusan |
berhati batu | degil dan sukar menerima nasihat |
berhutang budi | patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
bermuka dua | tidak jujur |
bertikam lidah | bertengkar; berdebat |
besar hati | bergembira atau berbangga akan sesuatu |
besar kepala | degil; sukar menerima pandangan orang lain |
buah hati | orang yang dikasihi atau dipuja |
buah mulut | sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
bush tangan | hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
bulat hat! | bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad |
buruk siku | mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
buta hati | tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam |
cahaya mata | anak |
cakar ayam | tulisan yang buruk |
campur tangan | turut serta atau mencampuri urusan orang lain |
cari jalan | berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu |
epat tangan | suka mencuri |
dalam tangan | sudah pasti akan diperoleh |
darah daging | anak kandung |
durian runtuh | keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
gaji buta | mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh |
gelap mata | hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta |
harga diri | maruah atau kehormatan seseorang |
harga mati | harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi |
hati batu | degil atau keras hati |
hidung tinggi | sombong atau tinggi diri |
hilang akal | tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri |
ikat perut | menahan lapar kerana berjimat |
iri hati | menyimpan perasaan dengki atau cemburu |
isi hati | perasaan dalam hati |
jalan buntu | tidak ada jalan penyelesaian |
kacang hantu | orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain |
kaki ayam | tidak berkasut atau berselipar |
kaki bangku | tidak berkebolehan bermain bola |
kaki botol | suka minum minuman keras |
kecil hati | berasa tersinggung atau merajuk |
kepala angin | perangai yang tidak menentu |
kepala batu | degil dan tidak mendengar nasihat |
kera sumbang | orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain |
khabar angin | berita yang belum tentu benarnya |
langkah kanan | bernasib baik |
langkah seribu | cepat-cepat lari kerana ketakutan |
lidah bercabang | kata-kata yang tidak dapat dipercayai |
lipas kudung | cepat membuat kerja |
lintah darat | mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan |
makan angin | bersiar-siar untuk berehat |
makan suap | menerima rasuah |
malu-malu kucing | berpura-Aura malu di hadapan orang |
mandi peluh | bekerja kuat |
mati katak | mati dengan sia-sia |
membabi buta | melakukan sesuatu tanpa berfikir |
membawa diri | tahu menjaga diri |
membuka jalan | memberi laluan kepada orang lain |
membuka tembelang | menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain |
memeras otak | terlalu kuat berfikir atau belajar |
menarik diri | tidak turut serta; meletak jawatan |
mencari jalan | berusaha untuk melakukan sesuatu |
mencuci mata | gembira memperhatikan sesuatu yang indah |
mencuit hati | lucu; menggelikan hati |
mengabui mata | cuba memperdaya; menipu |
mengadu domba | memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya |
mengambil angin | bersiar-siar untuk berehat |
mengambil berat | memberi sepenuh perhatian |
mengambil hati | dapat memikat atau mempengaruhi |
mengasah bakat | latihan untuk mengembangkan bakat |
muka tembok | tidak berasa malu |
mulut murai | kuat bercakap atau berbuat bising |
mulut tempayan | tidak dapat menyimpan rahsia |
murah hati | suka bederma; tidak kedekut |
naik angin | terlalu marah |
nyawa-nyawa ikan | hampir-hampir mati |
orang atasan | orang yang berpangkat tinggi |
otak cair | pintar atau bijak |
otak kering | kurang siuman |
otak udang | bebal atau bodoh |
paku belanda | barangan yang tetap harganya |
panas hati | meradang atau marah |
panjang tangan | suka mencuri |
pasang telinga | mendengar dengan teliti |
pekak badak | kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat |
pembasuh mulut | makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi |
perang mulut | pertengkaran |
pilih kasih | memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai |
pisau cukur | perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki |
puteri lilin | tidak tahan terkena panas matahari |
putih hati | ikhlas; jujur |
putih mata | mengalami kekecewaan |
rabun ayam | penglihatan yang kurang jelas |
rambang mata | sukar membuat pilihan |
ringan tangan | suka membuat kerja: menolong orang |
sampai hati | tergamak melakukan sesuatu kerja |
serkap jarang | membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa |
tangan terbuka | menyambut sesuatu dengan senang hati |
tangkai jering | orang yang kedekut |
tawar hati | tidak mempunyai minat lagi |
tebal muka | tidak tahu malu |
telinga kuali | tahan hati menerima kemarahan |
telinga lintah | tajam pendengaran |
telinga nipis | cepat marah atau meradang |
terang hati | mudah memahami sesuatu |
tidur-tidur ayam | tidur yang tidak nyenyak |
tin kosong | bercakap besar tanpa ilmu |
titik peluh | hasil usaha yang bersungguh-sungguh |
BAHAN BIDANG ILMU LAIN
Ø Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain.
Ø Pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)