Thursday 16 February 2012

MINGGU 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

OLEH : MUHAMAD SYAZWAN BIN SHUKRI
           : MOHAMMAD REDWAN BIN JABAR

PERMULAAN: CARA MEMBUAT AKAUN BLOGSPOT
§Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh digunakan, tetapi untuk jangka masa panjang, memiliki  akaun google lebih mudah memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

§Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh daftar masuk dahulu atau klik disini. http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

§Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu di sini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

§Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.
1.Buka pautan www.blogger.com
2.Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog‘.
3.Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
4.Kemudian masukkan nama blog dan juga alamat blog.
ONama blog lebih merujuk kepada tanda kepada sesebuah blog.
OAlamat blog adalah url yang digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Alamat blog antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. 

5.Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
6.Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.

MENULIS   ENTRI DALAM   BLOG
1.Pada paparan muka depan, klik pada 'new post‘.
1.Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda. (kebiasaannya bahagian ini mengambil masa untuk menaip entri).
2.Kemudian apabila sudah siap, klik pada butang 'publish‘.
5.Apabila sudah tekan butang ‘publish’, maka sebuah entri untuk blog anda telah siap.

•jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post‘
•jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post‘
•jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)


MUAT  NAIK GAMBAR  KE DALAM  BLOG

1.Daftar masuk seperti biasa, klik pada 'new post‘.
2.Pada paparan, klik pada ikon ‘upload picture’ seperti yang ditunjukkan dibawah.
Kedudukan berbeza bagi keadaan 'html' dan juga 'compose' tetapi simbolnya tetap sama.
atau
3.Klik 'browse'.
4.Pilih gambar yang anda hendak letakkan dari komputer anda.
a.Jika hendak letak lebih daripada satu gambar pada satu masa (maksimum 5 gambar pada satu-satu masa), klik pada 'add more image'.
5.Pilih kedudukan dan saiz yang anda mahu untuk gambar tersebut, kemudian klik 'upload'.
6.Tunggu sehingga gambar siap dimuat naik kemudian klik 'done‘.

Nota:   Jika anda hendak muat naik lebih daripada 5 gambar,   cuma ulang semula langkah 1 hingga 5.


MUAT NAIK VIDEO KE DALAM BLOG

1.Daftar masuk ke dalam akaun blogger anda, kemudian klik pada ‘new post’.
2.Pada paparan yang muncul, klik pada ikon video seperti yang ditunjukkan.
3.Langkah seterusnya, cari video yang hendak dimuat naik, masukkan tajuk dan tandakan pada ruangan seperti yang ditunjukkan. Kemudian klik pada ‘upload video’.
OAnda boleh simpan dahulu hasil kerja anda dan kembali selepas beberapa ketika untuk pastikan sama ada video tersebut sudah boleh dimainkan atau tidak.
Contoh blog yang sedang dalam proses terakhir untuk disiapkan:

No comments:

Post a Comment