Tuesday 21 February 2012

MINGGU 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN

qSistem perpautan ini lebih dikenali sebagai “hyperlink”.
qSistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja.
qStruktur perpautan ini sering digunakan dalampowerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint
qHal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
q Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.

STRUKTUR HIERARKI
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik

 ØKesan kepada murid
qMurid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan

Ø Kepentingan akses struktur perpautan
qSetiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan

STRUKTUR KOMPOSIT
•Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
•Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
•Antara satu laman utama dengan laman utama mempunya perkaitan antara satu dengan yang lain.

STRUKTUR LINEAR

Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
- Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
- Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.


STRUKTUR RANGKAIAN

Menyediakan pautan atau hubungan antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
Struktur rangkaian akan menjadi lebih berkesan sekiranya setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain. 
- Dengan mengklik, sesuatu paparan itu akan diperoleh dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper pautan.

No comments:

Post a Comment