Monday, 30 January 2012

NOTA MINGGU 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

v  Menggunakan web, video, audio dan imej
v  Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu
v  Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.


Pengenalan
Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya. 

Cara mendapatkan maklumat
I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Enjin Pencari
I. Google
II. MSN
III. Yahoo


Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home) 
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog


Alamat Internet
Bagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:

I. www.google.com 
II. www.yahoo.com.my 


Pemilihan kata kunci
Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.

Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.


BAHAN 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Bahasa dalam Komunikasi Siber: Kelebihan dan Kekurangan


Terdapat kajian yang memperlihatkan bahawa banyak yang tidak mengendahkan kesantunan bahasa semasa menulis berbanding dengan semasa bercakap. Situasi ini terjadi kerana untuk berlaku sopan semasa menulis, kita perlulah menyusun kata-kata sopan dan menggunakan strategi-strategi linguistik tertentu. Hal ini dikatakan lebih mudah dilakukan dalam bahasa lisan.

Bahasa yang digunakan dalam komunikasi siber tidak terhad kepada satu bahasa sahaja, misalnya bahasa Inggeris seperti yang digambarkan oleh banyak pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi siber, adalah tinggi, namun bahasa-bahasa lain, sama ada bahasa besar (misalnya bahasa antarabangsa atau dunia seperti bahasa Sepanyol) ataupun kecil (misalnya dialek, seperti dialek Melayu Kelantan) ikut digunakan dengan pesatnya. Sehubungan ini, tidak salah jika dikatakan bahawa multilingualisme (keanekabahasaan) adalah dasar penggunaan bahasa yang terdapat dalam komunikasi siber.

Selain multilingualisme ini, penggunaan bahasa dalam media siber ini ikut mengundang wacana atau perbincangan awam tentang impak negatif, yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Antara topik penting dalam wacana ini ialah kehilangan penggunaan huruf besar, penyalahgunaan (atau kreativiti dalam penggunaan) tanda baca, ejaan yang salah (atau bergaya seperti ‘kum untuk asalamualaikum dalam bahasa Melayu) dan segala macam yang lainnya.

Dengan peningkatan pelbagai teknologi baharu atau moden dalam komunikasi, pelbagai amalan interaksi dan bentuk bahasa akan ikut muncul. Walau bagaimanapun, di sebalik perkembangan pesat ini, baik dari segi kepelbagaian media baharu mahupun kerencaman bahasa media baharu, komunikasi tradisional, yakni perbualan bersemuka, tetap relevan dan penting untuk selama-lamanya kerana kita masih memerlukan perbualan bersemuka untuk mendidik anak-anak menguasai bahasa.

PENULIS : Prof. Teo Kok Seong, Agenda Bahasa (6-10, DB Mac 2010)
URL: http://www.facebook.com/note.php?note_id=307438687693&1&index=0


BAHAN 2 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Isu 1 : Perkembangan bahasa terus terpinggir atau mendapat manfaat melalui perkembangan TMK?

Pada pandangan saya, isu ini mencetuskan agenda baharu dalam pendidikan bahasa Mekayu kini. Seperti mana yang diutarakan oleh Datuk Seri Rais Yatim, kembalikan martabat bahasa melayu, terutamanya dalam dunia TMK kini. Tidak semestinya kini perkembangan bahasa Melayu terus terpinggir begitu sahaja. Perkembangan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran TMK di institut pengajian tinggi, terutamanya Universiti Terbuka Malaysia. Pelajar-pelajar yang terdiri daripada kebanyakannya para guru (PJJ) menggunakan bahasa Melayu dalam TMK. Dalam tugasan yang diberikan oleh pensyarah umpamanya, kedapatan terselit unsur rancangan pengajaran harian bahasa Melayu yang berasaskan TMK (perisian interaktif). Ini akan menambahkan lagi pengetahuan guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, terdapat perkembangan yang menggalakkan daripada BTPN Perlis (Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri) yang menjana atau menyediakan perisian-perisian interaktif dalam bahasa Melayu untuk guru-guru sebagai persediaan mengajar di bilik darajah. Terdapat juga kedapatan perisian dalam bentuk permainan bahasa dan bahan pengukuhan dalam pembelajaran.

Meskipun PPSMI mengatasi perkembangan bahasa di sekolah, namun tidak dapat dinafikan kedapatan guru-guru bahasa Melayu, terutama di sekolah saya (Sekolah Kebangsaan Seri Perlis) lebih bijak menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan guru-guru PPSMI. Keputusan peperiksaan bahasa Melayu lebih tinggi berbanding dengan mata pelajaran yang lain. Ini disebabkan oleh kebijakan guru bahasa Melayu dalam menggunakan TMK atau ICT dalam pengajaran.

TMK boleh juga digunakan dalam pembelajaran di makmal komputer di sekolah-sekolah. Saya sendiri yang terlibat dengan penggunaan TMK dengan murid-murid di sekolah di samping penggunaan teknologi yang berasaskan internet. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui ruang siber samada rakan sekolah yang sama atau rakan sekolah yang lain. Pertukaran pelajaran berlaku di sini bagi menambahkan ilmu dan idea dalam sesuatu pembelajaran yang berfokuskan UPSR.

PENULIS : Khir Johari Mat Ariff
URL : http://www.facebook.com/topic.php?uid=285376385722&topic=13713
TARIKH : 05.01.2011 ( 9.51PM )

No comments:

Post a Comment