Sunday 29 January 2012

TAJUK 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN & ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

OLEH : ABU SAMAH BIN JAAFAR
           : MOHAMMAD JABALNUR BIN PARI
           : NURHIDAYU BINTI RAFIEE


Etika Penggunaan Internet
      Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul.
      Antara isu yang membabitkan etika penggunaan internet adalah:
Ø   Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian.                         
Tujuan etika penggunaan internet
      Etika ini bertujuan bagi memastikan penggunaan Internet dan e-mel yang teratur dan terkawal.
Prinsip penggunaan internet
1.      KESEIMBANGAN
      Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2.      KEIZINAN TERMAKLUM
      Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi.
      Bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3.      KEADILAN
      Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil.
      Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko.
      Mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
      Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

4.      MEMINIMUMKAN RISIKO
      Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.


Rukun Etika
  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Kerangka Kod Etika
1.      KEBERSENDIRIAN
      Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.
      Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kaki tangan.
      Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain.
      Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data.  Sejauh manakah selamatnya maklumat tersebut?
2.      KETEPATAN
      Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul.
      Bagaimana memastikan meklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna?
      Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh dipampas?
3.      HAK MILIK
      Siapa memiliki maklumat
      Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.
      Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.
      Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik.
      Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.
      Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.
      Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.

4.      CAPAIAN
      Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
      Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
      Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.
      Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.
      Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk broser dan PowerPoint



AMALI : SILA BUKA KOMPUTER RIBA SEKARANG



Langkah-langkah menggunakan broser 
  1. Tekan menu “start”  pada  destop.

2. Pilih “All Programs dan kemudian pilih kekunci “Microsoft Office”. Pilih “Microsoft Office Publisher



3. Setelah paparan Microsoft Publisher keluar, pilih jenis templat yang  sesuai.



    4. Pilih template yang sesuai


    5. Edit templat dengan kesesuaian bahan dan masukkan isi ke dalam bahagian yang disediakan.


    Lampiran

    No comments:

    Post a Comment