Sunday 29 January 2012

MINGGU 1 : PENGGUNAAN ENJIN BAHAN PENCARI BAHASA MELAYU

OLEH : NADZIRAH BINTI MOHD JASZARI
           : NURUL SHANIZA BINTI KHAIRUDIN
           : SYAHFIERA BINTI SYAHLAN


1.1  Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej

1.1.1 Menggunakan laman web.
       Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti :




       Pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
       Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
       Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
       Contoh alamat pembekal maklumat internet:
          -  www.yahoo.com
          -  www.yahoo.co.uk
          -  www.yahoo.com.my
          -  www.google.com


       Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.
       Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
       Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com


  Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.
       Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
       Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan
       Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah di saring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
       Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
       Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.
       Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1.


1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
       Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari


       Setelah menaipkan perkara yang hendak diperoleh, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
       Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”.
       Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
       Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
       Setelah anda menemui apa-apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
       Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.



1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

1.3.1 Alamat Internet
       Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu
       Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
       Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy
       Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
       Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
       Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.
       Sebagai contoh yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.


Alamat Internet.
Memperkasa Pantun Melayu
Menambah Nilai Buku
Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita

1.3.2 Katalog Alamat Internet.

       Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
       Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
       Sediakan kotak seperti ini:

          TAJUK
          URL
          SINOPSIS







TAJUK
Peribahasa Melayu
URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&sim
pulan_abjad=a
SINOPSIS
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai
peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

TAJUK
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm
SINOPSIS
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah,
ekor, orang, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment