Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa
Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud
pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula
mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan
pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan
maklum balas.
Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat
digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain
sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti
berikut:
Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di
antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat
menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.
Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila
perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki
ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan
kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).
Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar
memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta.
Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan
dapat memotivasikan pelajar.
No comments:
Post a Comment